Thursday, January 4, 2007

Dunia Hiburan - Zahid Cemburu Mawi ??




Zahid cemburui Mawi?

Dalam riuh-rendah orang memperkatakan mengenai keistimewaan anak kelahiran Kulai, Johor, Asmawi Ani
atau lebih glamor dengan panggilan Mawi, namun entah dari mana, terdengar khabar kononnya juara Akademi Fantasia musim lalu, Zahid mencemburui anak Felda tersebut.

Lebih kurang seperti kemunculan Mawi kelak akan menggugat populariti Zahid yang baru sahaja hendak bergerak dengan album terbarunya Wo! Menurut orang yang menyampaikan berita tersebut, Zahid juga takut jika selepas ini peminatnya akan beralih kepada Mawi yang terkenal dengan perkataan World.

Bagi mendapatkan kesahihan mengenai gosip terbaru ini, Zahid telah dihubungi. Ternyata Zahid terkejut apabila ditanyakan soalan cepumas. Katanya tak ada sebab dia harus cemburu kerana dia telah lebih dahulu mengecapi populariti sebelum Mawi. “Jadi buat apalah Zahid nak rasa tergugat. Setiap orang mempunyai keistimewaan masing-masing. Bagi Zahid, Mawi tu bagus, ada suara yang unik dan lain daripada pelajar yang lain. Tinggal lagi dia harus pelbagaikan persembahan dan asah vokalnya supaya lebih baik,” katanya.

Ditanya pendapat Zahid, siapakah yang layak bergelar juara, secara jujur Zahid berkata, “Kalau diikutkan dari undian penonton nampak gayanya seperti Mawi yang akan menang, tapi kalau dari segi vokal dan persembahan, Zahid pilih Amylea. “Selain Amylea, Felix dan Idayu juga merupakan pelajar yang bagus tinggal lagi nasib Idayu tidak begitu baik kerana telah tersingkir awal."



Petikan daripada Bacaria Edisi Sabtu, 30 Julai 2005

No comments: