Thursday, December 28, 2006

GAMe..need FOS speed BARU nya..--NFS Carbon--



 

Korang dah main tak game ni? besh giler tu…berbeza ngan game sebelum ni iaitu NFS-Most Wanted. Cara main ala2 “conquer” satu kawasan, dan lepas tu lawan ngan bos kawasan tersebut. Apa yang menariknya bila lawan ngan bos ader 2 jenis race, satu race dlm circuit, dan satu lagi jenis kejar-mengejar. Race kedua tu ader 2 fasa, iaitu sesi mengejar dan sesi dikejar. Apa yang menariknya kita mesti kejar bos tu dalam satu race dari atas bukit menuju ke bawah, dan kalau boleh kita mesti melepasi bos tersebut untuk mendapatkan jumlah mata yang banyak. Tapi kita juga tak boleh melanggar kenderaan bos tersebut atau kita kehilangan lebih kurang 5000pts, banyak gak tu!. Begitu juga sebaliknya dalam fasa kedua, dimana kita tidak boleh membiarkan si bos mendahului kita, dimana dia akan memperolehi point yang lebih banyak dari kita nanti, dan jika terlalu jauh ketinggalan, kita akan disingkirkan secara automatik, begitu juga jika kita terjatuh dari tebing! (part ni yang besh sgt ni! berbeza ngan game sebelumnya)



Dan kereta2 kali ni pun lebih menarik dan mengancam! antaranya Alfa Brera (ada gak kete alfa…cayala!), Dodge dan juga Ford GT…bila sampai peringkat 80% pencapaian dalam game tu, kereta2 cenggini ler yang paling sesuai digunakan. Sebab makin lama makin agak susah nak bersaing dalam sesuatu race tu. Tapi berdasar apa yang aku telah main setakat ni, takder pun event drag. Cuma ada event drift, sprint, circuit, checkpoint, speedtrap dan juga downhill race (lawan bos, dan juga sprint event). Aku bagi 4/5 bintang utk game. Tapi 2/5 bintang utk kualiti grafik (mmg buruk betul bila main kat pc aku ni kalu member2 aku punya kom memang lawa la grafik dia almaklum la aku pakai grafik onboard tapi fan ngan me pakai grafik kad seketul terus..huhuhh, aku fokuskan kat visual grafik utk korang nye)


Maklumat lanjut boleh didapati kat http://www.ea.com/nfs/carbon/us/home.jsp :-D

No comments: