
Baru balik dari megamall tadi…lepas tengok citer Cicakman, bersama bayang2 aku sendirila al-maklum la bujang telajak hahahahahhaha
. Apa yang bole aku katakan. Best & Bangga! Bangga pasal anak watan yang pertama dapat buat citer macam ni. Dan best bukan sahaja ngan teknologi grafik yang digunakan untuk sepanjang citer tersebut (memang dua ibu jari keatas!!), malah jalan citer juga memang amat menarik. Tabik dan pujian diberikan pada Yusry KRU kerana dapat mencapai tahap seperti ini.
Memula ingatkan bodoh ler tajuk Cicakman, dalam hati aku pikir aper ler boh namer camtu, cam takder nama lain ker?. Tapi seperti serangkap ayat Inggeris, “You Have To See It To Believe It!”. Nak kene tengok baru tau! ![]()
Tidak dilupakan juga casting untuk citer ni, Saiful Apek sebagai Hairi, Yusry sebagai Dani, Fasha Sandha sebagai Tania, Aznil sebagai Professor Klon dan AC Mizal & Adlin Aman Ramli sebagai Ginger 1 & 2. Sumer nyer memang best-best!!! Adapun si Aznil yang agak over ngan lawak jahatnyer tu tapi kira dapat membawa watak tu gakler..huhu
Aku takmo nak citer bebanyak sangat kat sini kang ilang saspen lak bagi mereka yang belum menonton citer ni lagi. Tapi aper aku nak sentuh sket sini, pasal kebarangkalian untuk kesinambungan citer ni. Memang agak tinggi, cam bagaimana Si Cicakman hendak mendedahkan identiti dia kepada kekasih yang sangkakan kawan dia si Dani tu adalah Cicakman, si Tania tu. Dan Professor Klon yang akhirnya ditangkap atas segala perbuatan jahatnya tu, adakah dia….? noktah disini…huhu
Walau bagaimanapun sambungan untuk citer ni tetap ada. Baru-baru ni dalam suratkhabar mengatakan yang Cicakman mengaut jumlah kutipan sebanyak RM4.5 Juta sejak dari tarikh pertama ditayangkan citer nyer. Memandangkan sambutan untuk citer ni agak luar biasa, maka pihak terbabit iaitu KRU Productions akan menjalankan penggambaran untuk Cicakman 2 pada awal 2007 nanti.
Aku amat mengharapkan yang lagi best untuk sambungan Cicakman ni. Pertama sepertinya dalam industri perfileman. Harap-harap yang lain tu dapat bangun dari lena diulit intan mereka, jangan ler asek buat citer ala-ala cinta aja. Lagi bagus digabung bermacam-macam elemen yang lain. Contoh terbaik seperti tajuk entri aku kali ni ler ![]()
No comments:
Post a Comment