Thursday, January 4, 2007

KOreA drama- "SASSY GIRL"







Korang mesti ada tengok cita nikan...maklum la tengah top sekarang kat 8tv...
aku kadang2 layan gak cita ni..sebab aku tonton cita ni sebab dia ada part2 kelakar..tambah-tambah si myong rong yang bendul tu..
tapi satu g sebab ialah heroin dia aduh..comel giler..huhuhuhuhuhu..lap u...muaahh..
sini aku nak cita sikit sinopsis cita ni..untuk tarik pehatian yang mana belum tonton lagi cita ni harus la menonton nya..

JAM : 7.00 mlm
TV : 8Tv


Sassy Girl, Chun hyang


Title : Sassy Girl, Chun-Hyang Type : Comedy Romance
Artist Name(s) : Han Chae Young , Jae Hee, Eom Tae-woong, Park Si-eun

Release Date : May 30, 2005


Judulnya memang agak tidak asing ditelinga kita, mungkin bagi maniak film asal negeri ginseng ini, sudah pernah mendengar film Korea yang juga cukup menarik, yaitu "My Sassy Girl", yang diperankan artis cantik serba bisa dan imut, Jeon Ji hyeon, yang juga membintangi film seri "Windstruck".


Nah, cerita dari film ini tidak kalah menarik dengan film Korea yang lainnya, "Sassy Girl - Chun Hyang", diperankan oleh Han Chae Young dan Jae Hee, serta beberapa pemain korea lainnya.

Yang menjadi daya tarik dalam film ini adalah peran Han Chae-young yang terkenal sebagai 'Barbie Doll' of Korea ini, dengan sifatnya yang cukup keras kepala, aktraktif, juga eksentrik.


Kisah percintaan yang saling gengsi, keras kepala, juga tidak mau mengakui satu sama lain kalo memang mencintai, juga turut mewarnai kisah drama Sassy Girl-Chun hyang. Berbagai kisah kisah kasih di sekolah mereka juga turut mewarnai jalan cerita, apalagi didukung juga oleh 2 orang sahabat, juga 2 orang tokoh antagonis yang membumbui cerita cinta mereka.

Jadi,daripada salah terka akan kisah cinta mereka, lihat aja deh dan ikuti kisahnya di Sassy Girl-Chun hyang yang diputar setiap Senin-Jumat di stasiun televisi "Milik kita bersama"...OK?!(Ofn)

Dunia Hiburan - Zahid Cemburu Mawi ??




Zahid cemburui Mawi?

Dalam riuh-rendah orang memperkatakan mengenai keistimewaan anak kelahiran Kulai, Johor, Asmawi Ani
atau lebih glamor dengan panggilan Mawi, namun entah dari mana, terdengar khabar kononnya juara Akademi Fantasia musim lalu, Zahid mencemburui anak Felda tersebut.

Lebih kurang seperti kemunculan Mawi kelak akan menggugat populariti Zahid yang baru sahaja hendak bergerak dengan album terbarunya Wo! Menurut orang yang menyampaikan berita tersebut, Zahid juga takut jika selepas ini peminatnya akan beralih kepada Mawi yang terkenal dengan perkataan World.

Bagi mendapatkan kesahihan mengenai gosip terbaru ini, Zahid telah dihubungi. Ternyata Zahid terkejut apabila ditanyakan soalan cepumas. Katanya tak ada sebab dia harus cemburu kerana dia telah lebih dahulu mengecapi populariti sebelum Mawi. “Jadi buat apalah Zahid nak rasa tergugat. Setiap orang mempunyai keistimewaan masing-masing. Bagi Zahid, Mawi tu bagus, ada suara yang unik dan lain daripada pelajar yang lain. Tinggal lagi dia harus pelbagaikan persembahan dan asah vokalnya supaya lebih baik,” katanya.

Ditanya pendapat Zahid, siapakah yang layak bergelar juara, secara jujur Zahid berkata, “Kalau diikutkan dari undian penonton nampak gayanya seperti Mawi yang akan menang, tapi kalau dari segi vokal dan persembahan, Zahid pilih Amylea. “Selain Amylea, Felix dan Idayu juga merupakan pelajar yang bagus tinggal lagi nasib Idayu tidak begitu baik kerana telah tersingkir awal."



Petikan daripada Bacaria Edisi Sabtu, 30 Julai 2005

Wednesday, January 3, 2007

BERITA HANGAT!!Dr.FAdzley DAH Nikah?


Tidak dinafikan Dr. Fazley Yaakob atau lebih mesra dengan panggilan Fazley ini pandai menyimpan rahsia. Jika artis lain bercinta, kisah cinta tersebut cepat dihidu tetapi yang sebaliknya bagi Fazley. Hinggalah pada tanggal 7 November 2006 lalu, Fazley dan pasangannya Azrene Soraya selamat dinikahkan dan hanya pada keesokan harinya barulah berita pernikahan itu diwarwarkan kepada wartawan yang rapat dengannya.




Kini, Fazley & Azrene sudi berkongsi mengenai rahsia cinta mereka. Layari 550 hari cinta Dr. Fazley & Azrene di dalam keluaran khas ini. Saksikan lokasi mereka menyulam cinta. Di mana? Apa Fazley lakukan demi sayangkan Azrene? Apa istimewanya Azrene? Benarkah kuntuman ros dikirim setiap hari untuk Azrene di London? Ya! Beribu RM turut dihabiskan demi cinta dua lokasi yang jauhnya beribu batu!



Turut dimuatkan, gambar istimewa majlis bertunang dan pernikahan......



































Karya-Diganggu lembaga putih








Tugasnya sebagai seorang editor sebuah majalah yang diterbitkan setiap minggu sering
memerlukan Shamsul stayback di pejabat hingga tengah malam atau ada kalanya hingga pagi.





Namun pada malam itu Shamsul merasakan kelainan. Kalau tadi terdengar juga gelak ketawa
Mimi dan rakan-rakannya sedang menaip, sekarang ruang editorial sunyi sepi. Semua wartawan
sudah pulang. Tinggallah Shamsul seorang diri. Sesekali dia menjenguk ke arah bilik grafik di mana
Aiman sedang tekun menyiapkan kerja-kerjanya. Jam tangan menunjukkan pukul 2.45 pagi.
Tiba-tiba dia terdengar seseorang mengimbas kad di pintu. Siapa agaknya yang baru pulang itu,
bisik hati Shamsul. Mungkin rakan-rakan yang bekerja di tingkat atas agaknya. Tak lama selepas
itu, dia tersedar seolah-olah ada bayang-bayang manusia di hadapannya. Tapi bila mengangkat
kepala dan melihat sendiri, tiada siapa di hadapannya. Tapi bila dia tunduk menatap helaian
majalah di mejanya, bayangan itu muncul kembali.




Shamsul memberanikan diri untuk melihat sekali lagi. Kali ini apa yangdilihatnya ialah seorang
wanita berpakaian putih sedang duduk di atas meja di hadapannya. Wanita itu berbaju putih lusuh
labuh hingga tidak ternampak kakinya. Shamsul tidak panik.




“Agaknya ini perempuan yang selalu kacau orang yang selalu stayback kat ofis ni,” bisik Shamsul dalam hati. Tak berani menatap makhluk itu lama-lama, Shamsul buat-buat tak nampak dan
meneruskan pembacaannya. Mulutnya kumat-kamit membaca ayat suci Al-Quran yang diingati
sambil memohon supaya makhluk tersebut beredar dari situ. Hampir lima minit juga benda tu
berada di hadapan editor muda itu. Bau wangi melur dan setanggi yang dari tadi memugar terus
menerjah hidung.




Dalam samar cahaya lampu Shamsul perasan makhluk itu turun dari meja dan mula bergerak
menuju ke arah kawasan water cooler. Ketika makhluk itu membelakanginya, Shamsul sempat
melirik pandangan dan melihat rambut yang ikal mayang paras lutut itu. Seiring dengan berlalunya
wanita itu, bau wangi pun turut lenyap.





Hatinya sangat lega. Peluh jantan membasahi kemeja belangnya. Kipas angin yang berputar pada
kelajuan nombor 2 pun tidak dapat menghilangkan rasa dingin hangat yang tidak menentu itu.
Lantas Shamsul melangkah ke bilik grafik. Rasa gerun masih ada. Mana tahu makhluk itu masih
ada di sebalik dinding cubicle di sebelahnya. Langkah diatur laju, seolah-olah berlari anak.




“Kenapa ni Abang Sham, pucat, nampak hantu ke?” tanya Aiman.




“Engkau ni Man, mulut celupar sangat. Engkau tahu tinggal kita berdua kat ofis sekarang ni,” jawab
Shamsul menyembunyikan apa yang berlaku. Melalui dinding kaca, Shamsul melihat satu persatu
lampu di bahagian editorial terpadam seolah-olah ada orang yang mematikan suisnya.




Kedua-dua mereka terpinga-pinga dan memandang ke arah satu sama lain. Kemudian satu persatu
lampu di dalam bilik mereka pula yang terpadam. Bunyi suis dipadamkan jelas kedengaran
memecah kesunyian.





Shamsul menggeletar dan bulu tengkuknya meremang. Hanya cahaya dari skrin komputer Aiman
sahaja yang membuatkan mereka melihat antara satu sama lain. Selari dengan itu tiba-tiba sahaja
radio yang terletak di meja tengah terpasang. “Agaknya ada benda sedang main-mainkan kita
Aiman,” kata Shamsul kepada Aiman.




Aiman tidak dapat meneruskan kerja-kerjanya. Mereka mengambil keputusan pulang sahaja. Tidak
guna untuk terus berada di situ kalau terus-terusan diganggu hingga tidak dapat menyiapkan kerja.
Mereka pulang tepat jam 4.00 pagi.







:: Ke Atas ::






Hasil karya terbaik--Sila baca yer!!!